Apakah Itu Rawatan Akar?
Rawatan membersihkan saluran akar yang dijangkiti kuman dari lubang gigi yang terlampau besar & dalam. Dalam usaha untuk menyelamatkan gigi dari dicabut.
Gigi Depan & Geraham
Di sini, rawatan akar untuk sebarang gigi mampu disiapkan dalam satu appointment sahaja disebabkan kami lengkap dengan mikroskop pergigian, dan juga 3d xray untuk menilai struktur akar secara terperinci sebelum rawatan dimulakan.
Gigi Yang Kembali Sakit
Ada kes di mana gigi kembali sakit walaupun telah selesai rawatan akar. Hal ini disebabkan pembersihan saluran akar yang tidak sempurna, atau ada saluran akar tidak dibersihkan secara keseluruhan disebabkan oleh had batasan penglihatan mata manusia.
Buang Instrumen Patah
Penggunaan instrumen yang berpusing di dalam rawatan akar adalah sangat kerap, dan instrumen tersebut boleh patah disebabkan oleh penggunaan yang berulang kali, atau disebabkan anatomi akar gigi yang kompleks.

 

Kebaikan
  • Gigi tak perlu dicabut
  • Gigi tak akan sakit lagi
  • Fungsi mengunyah boleh dikekalkan
Keburukan

Struktur gigi menjadi lemah perlu dipasang crown untuk tahan lama kos yang tinggi.

Indikasi
  • Sakit mengganggu tidur
  • Bengkak (Jerawat)
  • Gigi retak
  • Gigi bertukar kehitaman
Kontraindikasi
  • Gigi goyang
  • Struktur gigi tak mencukupi
  • Retak sampai ke dalam akar
Harga Rawatan Akar
RM500
Gigi Depan
  • Gigi kapak besar
  • Gigi kapak kecil
  • Gigi taring
RM700
Gigi Geraham Kecil
Gigi geraham kecil
RM900
Gigi Geraham Besar
Gigi geraham besar

 

Harga Rawatan Tambahan
(Jika Diperlukan)
RM50
Pemotongan Gusi
  • Untuk paras lubang gigi yang berada di bawah gusi
  • Pemotongan gusi membolehkan bahan pergigian dilekatkan pada permukaan gigi, bukan pada permukaan gusi
RM100
Dinding Baru
  • Menggantikan dinding gigi tang telah rosak
  • Jika tidak diganti, rubberdam tak boleh dipasang (RCT tak boleh diteruskan)
RM100
Pulp Extirpate
  • Pembuangan saraf segera
  • Tak cukup masa @ pesakit tak mampu tanggung kos RCT
  • Sakit yang hilang boleh datang kembali jika RCT tak diselesaikan

 

Harga Rawatan Selepas RCT
RM80-150
Tampalan Biasa
  • Lebih murah
  • Gigi boleh retak
  • Tak tahan lama
RM150-300
Tampalan Fiber
  • Boleh menahan keretakan gigi
  • Lebij tahan dari tampalan biasa
Crown @ Onlay
  • Ketahanan paling bagus
  • Boleh tahan keretakan gigi
  • Pilihan terbaik untuk gigi yang dibuat RCT

 

NOTA PENTING : Sila fahamkan segala kos yang terlibat dengan doktor bertugas sebelum bersetuju untuk mulakan rawatan.
Prosedur Rawatan Akar
STEP 1
Konsultasi, teruskan rawatan
  • Xray (IOPA @ CBCT)
  • Perbincangan harga keseluruhan
  • Pulp extirpate (Jika kesuntukan masa)
  • Atau terus mulakan RCT jika cukup masa
  • Rawatan selepas RCT akan diteruskan jika pesakit bersetuju & cukup masa
STEP 2
Rawatan selepas RCT
  • Jika tak cukup masa pada temujanji pertama
  • Penetapan temujanji follow up
STEP 3
Follow up selepas 6 bulan
  • Keberjayaan RCT perlu dilihat melalui x-ray
  • Sel Baru terbentuk selepas 4 bulan
Penjagaan
Rawatan Akar
  • Elak menggunakan gigi RCT selagi belum selesai rawatan selepas RCT.
  • Jangan tangguh rawatan selepas RCT terlalu lama untuk elakkan gigi retak.
  • Jika gigi retak, gigi perlu dicabut (RCT yang dibuat memang tak berbaloi).
  • Jika anda perlu lakukan 2 kali temujanji RCT, mohon jangan tangguh temujanji anda.
  • Selesai rawatan selepas RCT, boleh kunyah macam biasa dan berus gigi macam biasa.
Kenapa Di
Avisienna Kuantan
  • RCT boleh siap satu lawatan sahaja.
  • Kos logistik dapat dikurangkan.
  • Penggunaan bahan terkini di pasaran yang terbukti berkesan.
  • Penggunaan mikroskop (elakkan kesilapan dari penglihatan manusia).
  • Doktor berpengalaman mengendalikan kes klinikal yang sukar.

 

WhatsApp
Soalan Lazim
Boleh, rawatan akar dikira sebagai kesakitan yang boleh mengganggu pekerjaan anda.
Boleh. Rawatan akar termasuk dalam rawatan yang layak untuk tuntutan bagi kebanyakan panel di Malaysia.
Dua kali. Pembentukan sel baru tulang rahang memerlukan sekurang-kurangnya 120 hari. 'Follow up' akan dilakukan setiap 6 bulan selepas selesai rawatan akar sebanyak dua kali follow up untuk menilai tahap keberjayaan rawatan akar.
Untuk anda yang mempunyai pengalaman menerima rawatan akar, ada dentist yang lakukan rawatan dengan sekejap, ada yang sakit balik dan sebagainya. Rawatan akar dikira 'standard' jika dentist anda menggunakan rubberdam atau magnification.