Klinik Pergigian PROSmile – Klinik Gigi Kuantan Yang Terbaik Dan Dipercayai
Klinik PROSmile ialah klinik pergigian yang terletak di tengah bandar Kuantan. Kami menjalankan pelbagai rawatan untuk menangani sebarang masalah pergigian yang mungkin anda hadapi. Kami mengutamakan keselesaan dan penjagaan pesakit sambil memastikan keperluan mereka dipenuhi dalam persekitaran klinikal yang safe, selamat dan bersih.
Anda sedang mencari klinik gigi Kuantan yang boleh dipercayai yang menyediakan penjagaan gigi yang optimum dalam persekitaran yang mesra dan selesa? Selamat datang ke Klinik Pergigian PROSmile, klinik pergigian Kuantan pilihan anda untuk perkhidmatan pergigian yang disesuaikan demi memenuhi keperluan unik anda. Sama ada pemeriksaan rutin, rawatan kosmetik, atau prosedur pergigian yang lebih kompleks, pasukan profesional kami yang berdedikasi dan berpengalaman bersedia untuk memberikan rawatan dan penjagaan dengan menggunakan teknologi canggih pada harga yang tidak membebankan.
Afiliasi Panel Pergigian Kami
Di Klinik PROSmile, kami berbangga sebagai klinik pergigian panel berdaftar bagi pelbagai syarikat dan pihak insurans terpilih di seluruh Malaysia.
Bagi para profesional yang mempunyai perlindungan pergigian, mendapatkan rawatan di klinik panel seperti kami boleh menjimatkan masa, wang, dan tidak perlu urusan dokumentasi yang panjang, tanpa menjejaskan kualiti rawatan.
Panel Kami
Pengebilan Terus Kepada Pihak Insurans
Nikmati pengalaman rawatan pergigian yang lancar melalui sistem bil terus kepada panel insurans anda, menjadikan pembayaran mudah dan cepat.
Pemprosesan Tuntutan Tanpa Kerumitan
Tidak perlu risau tentang kertas kerja - Proses tuntutan kami yang ringkas dan mudah memastikan pengendalian insurans yang cepat, lancar dan tepat.
Jimat Masa dan Wang
Optimumkan penjagaan gigi anda dengan penjimatan masa dan wang melalui perkhidmatan yang cekap dan bil yang telus.
Penjagaan Gigi Tanpa Tekanan untuk Profesional
Nikmati penjagaan gigi yang mudah dan bebas tekanan yang direka untuk para profesional yang sibuk yang mengutamakan keselesaan dan kecekapan.
Jangan biarkan manfaat pergigian tahunan anda terlepas begitu sahaja Manfaatkan insurans anda sepenuhnya sebelum tempoh tuntutan anda berakhir. Sama ada anda memerlukan rawatan ‘scaling’ dan ‘polishing’ tampalan, atau konsultasi, inilah masa yang terbaik untuk membuat temujanji anda.
Semak sama ada syarikat anda tersenarai dalam panel kami hari ini. Hubungi pasukan kami yang berdedikasi hari ini dan biarkan kami membantu anda menguruskan sebarang urusan berkaitan insurans anda.
Di PROSmile, kami berbangga menjadi klinik pergigian Kuantan yang menawarkan penyelesaian pergigian yang komprehensif dan mesra keluarga. Sama ada anda memerlukan penjagaan pencegahan, rawatan kosmetik, atau penyelesaian ortodontik, kami di sini untuk membantu!
Mengapa Memilih Klinik Gigi Kuantan Kami?
Di PROSmile, kami percaya bahawa setiap lawatan ke klinik gigi Kuantan sepatutnya menjadi pengalaman yang positif— yang menggabungkan penjagaan gigi pakar, keselesaan, dan perkhidmatan yang mengutamakan pesakit. Sama ada untuk pemeriksaan rutin atau prosedur yang lebih kompleks, matlamat kami adalah untuk menjadikan setiap langkah mudah, jelas, dan meyakinkan.
Itulah janji kami di PROSmile Dental Clinic, Kuantan. Lebih daripada sekadar klinik gigi Kuantan, kami adalah rakan penjagaan pergigian seisi keluarga yang dipercayai. Setiap ruang direka teliti dari ruang menunggu kami yang luas dan mesra, hinggalah penggunaan teknologi pergigian yang canggih, kami menyediakan keselesaan dan penjagaan yang mengutamakan keselamatan pesakit.
Tempahan Dalam Talian
Nikmati tempahan 24/7 terus dari telefon anda— tanpa perlu menunggu dan membuat panggilan. Sama ada di pejabat, , di rumah, atau sedang dalam perjalanan, anda boleh memilih doktor gigi pilihan anda, menetapkan masa yang sesuai, secara tak langsung mengelakkan dari beratur di barisan yang panjang.
Ketelusan dalam Rawatan
Dengan menggunakan kamera intraoral, doktor gigi kami menunjukkan imej gigi anda dalam masa nyata dan menjelaskan rawatan anda dengan jelas supaya anda sedar tentang masalah tersebut. Selain itu, kami mengalu-alukan pendapat kedua dan memastikan anda berasa yakin dengan penjagaan anda.
Persekitaran yang luas dan selesa
Pasukan kami yang berdedikasi di PROSmile Dental Clinic memahami bahawa rawatan gigi boleh menimbulkan kebimbangan. Oleh itu, dengan adanya bilik rawatan kami yang dilengkapi dengan Netflix dan YouTube pada skrin siling untuk membantu anda tenang sepanjang prosedur , di mana polisi kami yang mesra pengguna akan memastikan anda tidak keseorangan dan bersendirian.
Kes Mudah hingga Rumit
Daripada tampalan asas hingga transformasi senyuman menyeluruh , semua jenis rawatan pergigian di bawah satu bumbung, tanpa perlu rujukan luar.
Keselesaan Seperti Di Rumah
Klinik kami telah direka untuk memberikan suasana seperti berada di rumah yang selesa berbanding fasiliti kesihatan biasa. . Dengan empat ruang menunggu yang santai, stesen pengecas untuk peranti elektronik, sudut snek dan minuman, dan malah kerusi urut, pesakit kami pasti akan berasa tenang, tidak tergesa-gesa, dan benar-benar dijaga sepanjang lawatan mereka.
Kemudahan Tempat Letak Kereta
Terletak jauh dari kesesakan trafik bandar, klinik kami menyediakan tempat letak kereta percuma yang luas di lima kawasan yang ditetapkan, termasuk pada hujung minggu, supaya lawatan anda lebih mudah dan selesa, sama ada untuk orang dewasa yang bekerja atau seisi keluarga.
Pelbagai Pilihan Pembayaran
Kami menerima, kad debit/kredit, dan e-wallet yang lain, supaya pembayaran rawatan anda mudah dan fleksibel. Kami juga berdaftar dengan pelbagai panel perubatan dan pergigian yang dipercayai di seluruh Malaysia.Jangan lupa beritahu kami jika panel anda tersenarai
Kemudahan Yang Mesra Kanak-kanak
Kami menjadikan lawatan ke klinik gigi lebih mudah untuk seisi keluarga. Kanak-kanak boleh bermain di ruang permainan yang menyeronokkan, manakala kanak-kanak yang lebih besar boleh berehat di zon khas . Untuk keselesaan ibu bapa kami turut menyediakan bilik penyusuan , stesen tukar lampin, dan tong sampah kalis bau supaya lawatan anda lebih tenang dan selesa
ONE DAY DENTISTRY
Kekurangan masa? Kami menawarkan rawatan yang mudah dalam hanya satu lawatan—dari terapi saluran akar dan konsultasi pendakap gigi hinggalah ke pembedahan gigi bongsu dan pemasangan koronaIa sangat sesuai untuk profesional dan ibu bapa yang sibuk, yang inginkan rawatan berkualiti tanpa perlu banyak janji temu.
Tempah Temujanji Anda Hari Ini!
Rasai perbezaannya di Klinik Pergigian PROSmile, Kuantan. Hubungi kami atau gunakan sistem tempahan dalam talian kami untuk menjadualkan lawatan anda.
anda bila lagi?
Posted on Google Intan Natasha ElianaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Comfortable and nice clinic, ada charger port and tv. Dentist semua friendly and akan bagitahu detail tentang process and treatment kita buat. Buat braces dekat sini, antara yang murah and berpatutan. Staff dekat front desk pun memang baik and bagus. Overall 💯Posted on Google Nur FarishaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Good service by the doctor & staff. Will definitely come again 😊Posted on Google rashaidah 85Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Saya suka cara doctor bagi penerangan yang jelas dan mudah di fahami.. patient pon rase selesa dengan doktor gigi.. Kerja yang kemas dan teliti dalam memberi perhatian setiap perincian gigi.. Saya sgt berpuas hati dengan service yang diberikan.. Tempat yang disediakn pon cukup selesaPosted on Google Rahida Abd RashidTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Dr yg sangat baik. Lembut. Tak sakit langsung. Kat klinik siap ada refreshment and charger pun disediakan Harga pun berpatutan. Staff pun terbaik. Tq semua.Posted on Google Laili AhmadTrustindex verifies that the original source of the review is Google. overall goodPosted on Google Hafiz RidzwanTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Terbaik 👍Posted on Google Min Yi LeeTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Doctor Asyraf is explain very details before he start the treatment. He is very gentle. Good service.Posted on Google Orked PutihTrustindex verifies that the original source of the review is Google. sangat berpuas hati...tq doc mencantik kn gigi saya🥰🥰Posted on Google Ainin sofiyaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. staff sangat ramah , doktor terangkan dengan detail . sangat recomanded untuk datang siniPosted on Google wmaizurinaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Will come for regular check up













