Apa itu Crown & Bridge?
Crown ialah sarung khas yang menutupi gigi untuk memulihkan bentuk, kekuatan dan fungsinya. Bridge pula digunakan untuk menggantikan satu atau beberapa gigi yang hilang dengan sokongan daripada gigi bersebelahan.
Pilihan rawatan
Crown
Sarung yang menutupi keseluruhan gigi untuk memulihkan bentuk, kekuatan dan fungsinya.
Mahkota logam yang kuat, sesuai untuk kawasan kurang kelihatan.
Struktur logam dengan lapisan seramik berwarna seperti gigi.
Dihasilkan menggunakan teknologi percetakan 3D.
Seramik yang kuat dengan warna seperti gigi.
Pilihan seramik dengan estetik paling semula jadi.
Bridge Konvensional
Menggantikan gigi hilang dengan sokongan crown pada gigi bersebelahan.
FRC Bridge
Jambatan menggunakan bahan komposit yang diperkuat gentian khas.
Bridge Bersayap (Maryland)
Jambatan dengan sayap sokongan yang dilekatkan pada permukaan gigi bersebelahan.
Rawatan untuk siapa?
Gigi retak, patah atau mengalami kerosakan besar.
Gigi selepas rawatan akar yang memerlukan perlindungan tambahan.
Gigi dengan tampalan besar atau struktur yang lemah.
Kehilangan satu atau beberapa batang gigi.
Gigi yang memerlukan pemulihan bentuk dan fungsi.
Gigi yang mengalami kerosakan terlalu teruk untuk dipulihkan.
Gigi sokongan bridge mempunyai masalah gusi yang belum dirawat.
Kebersihan mulut tidak memuaskan.
Ruang kehilangan gigi memerlukan penilaian pilihan penggantian lain.
Doktor akan menilai dahulu dan mencadangkan pilihan lain jika perlu.
Jika dibiarkan
Gigi rosak atau hilang boleh menjejaskan fungsi mulut.
Prosedur rawatan
Pemeriksaan dan Perancangan
Doktor memeriksa keadaan gigi, gusi dan ruang yang memerlukan pemulihan.
Penyediaan Gigi
Gigi dibentuk mengikut jenis crown atau bridge yang dipilih.
Imbasan Digital
Imbasan atau acuan gigi diambil untuk menghasilkan restorasi yang sesuai.
Penghasilan di Makmal
Crown atau bridge dihasilkan menggunakan bahan dan teknologi yang bersesuaian.
Percubaan dan Pelarasan
Bentuk, warna, kesesuaian dan gigitan diperiksa.
Pemasangan Akhir
Crown atau bridge dipasang selepas semua aspek dinilai.
Kelebihan & kekurangan rawatan
Memulihkan bentuk dan fungsi gigi yang rosak.
Membantu melindungi gigi yang lemah daripada kerosakan lanjut.
Menggantikan gigi hilang dan membantu fungsi mengunyah.
Sesetengah jenis crown memerlukan pengasahan struktur gigi.
Bridge konvensional memerlukan pengasahan gigi sokongan.
Restorasi boleh rosak atau perlu diganti kemudian.
Penjagaan selepas rawatan
Berus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
Bersihkan celah bridge menggunakan flos khas atau interdental brush.
Elakkan menggigit objek terlalu keras.
Hadiri pemeriksaan pergigian secara berkala.
Dapatkan pemeriksaan jika crown terasa longgar atau tidak selesa.
Harga
Harga dikemaskini: 20 Nov 2026Harga anggaran. Kos sebenar bergantung pada pemeriksaan doktor dan boleh berubah tanpa notis.
Untuk kegunaan doktor semasa konsultasi
Simulasi ini memberi anggaran kos, bukan sebut harga. Rancangan rawatan sebenar ditentukan oleh doktor selepas pemeriksaan.
Tekan gigi (boleh lebih dari satu), kemudian daftar rawatan
Temporary
Harga dalam julat (setiap gigi)
Buang tanda pada item untuk lihat jumlah tanpa rawatan itu.
Apa yang mempengaruhi kos?
- Jenis bahan crown atau bridge yang dipilih.
- Bilangan gigi yang perlu dipulihkan.
- Tahap kerosakan dan kerumitan kes.
- Keperluan rawatan tambahan sebelum pemasangan.
Crown vs Onlay
Perbandingan umum. Lebih baik menunjukkan pilihan yang lebih unggul bagi setiap perkara. Doktor akan cadangkan pilihan yang sesuai untuk kes anda.
Soalan lazim
Crown boleh disiapkan dalam sehari bagi kes yang sesuai, bergantung pada bahan dan keperluan rawatan. Bridge dan kes yang lebih kompleks mungkin memerlukan beberapa lawatan.
Jangka hayat bergantung pada bahan, keadaan gigi dan penjagaan mulut. Pemeriksaan berkala membantu memantau keadaannya.
Rawatan biasanya dilakukan dengan bius setempat ketika penyediaan gigi. Sedikit sensitiviti mungkin berlaku selepas rawatan.
Ya, bagi kes yang sesuai. Klinik mempunyai makmal pergigian sendiri di bangunan yang sama untuk menyokong proses penghasilan.
Crown menutupi gigi sedia ada, manakala bridge menggantikan gigi yang hilang menggunakan sokongan gigi bersebelahan.
Tidak semestinya. Keperluan crown bergantung pada kedudukan gigi dan jumlah struktur gigi yang masih tinggal.
Ya, bahan seramik boleh dipilih mengikut warna dan bentuk gigi untuk penampilan yang lebih semula jadi.




