Apa itu Gigi Palsu?
Gigi palsu ialah alat pergigian yang digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang. Ia membantu memulihkan penampilan, pertuturan dan fungsi mengunyah, mengikut kesesuaian setiap pesakit.
Pilihan rawatan
Gigi Palsu Akrilik
Diperbuat daripada bahan akrilik dan sesuai untuk gigi palsu separa atau penuh.
Gigi Palsu Flexible
Menggunakan bahan lebih fleksibel dengan reka bentuk yang boleh mengurangkan keperluan cangkuk logam.
Gigi Palsu Cobalt Chrome
Menggunakan rangka logam nipis dan kukuh untuk menyokong gigi palsu separa.
Rawatan untuk siapa?
Kehilangan satu atau beberapa batang gigi.
Kehilangan keseluruhan gigi pada rahang atas atau bawah.
Kesukaran mengunyah akibat kehilangan gigi.
Ingin memperbaiki penampilan senyuman.
Memerlukan penggantian gigi tanpa rawatan pembedahan.
Gusi masih mengalami keradangan atau jangkitan aktif.
Terdapat luka atau masalah tisu mulut yang belum dirawat.
Bentuk rahang memerlukan penilaian lanjut untuk kestabilan gigi palsu.
Individu yang sukar menyesuaikan diri dengan alat boleh tanggal.
Doktor akan menilai dahulu dan mencadangkan pilihan lain jika perlu.
Jika dibiarkan
Kehilangan gigi boleh mempengaruhi fungsi harian dan keselesaan mulut.
Prosedur rawatan
Pemeriksaan Awal
Doktor memeriksa keadaan gusi, rahang dan gigi yang masih ada.
Cetakan Gigi
Acuan atau imbasan diambil untuk menghasilkan model rahang.
Rekod Gigitan
Hubungan rahang dan kedudukan gigitan direkodkan.
Percubaan Gigi
Susunan gigi dan kesesuaian bentuk diperiksa sebelum siap.
Penghasilan di Makmal
Gigi palsu dihasilkan mengikut reka bentuk dan bahan pilihan.
Pemasangan dan Pelarasan
Kesesuaian, keselesaan dan gigitan diperiksa sebelum diserahkan.
Kelebihan & kekurangan rawatan
Menggantikan gigi yang hilang untuk fungsi mengunyah.
Membantu memperbaiki penampilan dan pertuturan.
Mempunyai pilihan bahan mengikut keperluan pemakai.
Memerlukan tempoh penyesuaian ketika mula dipakai.
Boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada peringkat awal.
Mungkin memerlukan pelarasan apabila bentuk gusi berubah.
Penjagaan selepas rawatan
Bersihkan gigi palsu setiap hari menggunakan berus khas.
Tanggalkan gigi palsu mengikut arahan doktor.
Bersihkan gusi, lidah dan gigi asli yang masih ada.
Simpan gigi palsu mengikut arahan bahan pembuatannya.
Hadir untuk pemeriksaan jika gigi palsu longgar atau menyakitkan.
Kenapa di PROSmile
Gigi palsu dibuat dan dibaiki di makmal klinik, jadi pelarasan lebih cepat.
Untuk kes yang sesuai, gigi palsu patah siap dibaiki pada hari yang sama.
Doktor yang sama dari pemeriksaan hingga pemasangan.
Harga
Harga dikemaskini: 20 Nov 2026Harga anggaran. Kos sebenar bergantung pada pemeriksaan doktor dan boleh berubah tanpa notis.
Rancang gigi palsu anda
Pilih rahang, tekan gigi yang hendak diganti, kemudian pilih jenis bahan. Doktor akan sahkan selepas pemeriksaan.
Pilih rahang, kemudian tekan gigi yang hendak diganti
Diganti Gigi sendiri Tiada
Gigi 8 (bongsu): tekan untuk tukar Tiada → Gigi sendiri → Diganti.
Jenis bahan
Gambar ilustrasi.
Apa beza Akrilik, Fleksibel dan Cobalt Chrome? →Kes free-end saddle (tiada gigi asli di belakang ruang) kurang sesuai untuk gigi palsu fleksibel. Teruskan atas risiko sendiri.
Gigi palsu penuh (semua gigi dalam satu rahang) dibuat dengan akrilik. Fleksibel dan Cobalt Chrome untuk gigi palsu separa.
Anggaran harga
Harga akhir disahkan oleh doktor selepas pemeriksaan.
Kes free-end saddle
Gigi paling belakang turut diganti, jadi tiada gigi asli di belakang ruang. Kes free-end saddle kurang sesuai untuk gigi palsu fleksibel kerana kurang sokongan dan mudah bergerak.
Teruskan atas risiko sendiri?
Apa yang mempengaruhi kos?
- Jenis bahan gigi palsu yang dipilih.
- Bilangan gigi yang perlu diganti.
- Gigi palsu separa atau penuh.
- Kerumitan reka bentuk dan keadaan rahang.
Gigi palsu akrilik vs flexible
Perbandingan umum. Lebih baik menunjukkan pilihan yang lebih unggul bagi setiap perkara. Doktor akan cadangkan pilihan yang sesuai untuk kes anda.
Soalan lazim
Kebiasaannya memerlukan beberapa lawatan untuk pemeriksaan, cetakan, percubaan dan pemasangan. Tempoh bergantung pada jenis gigi palsu serta kerumitan kes.
Ia bergantung pada jumlah gigi yang hilang, keadaan gusi, bentuk rahang dan keperluan pemakaian. Doktor akan membantu menentukan pilihan sesuai.
Akrilik lebih mudah dibaiki atau ditambah gigi dalam keadaan tertentu. Flexible pula lebih lentur dan biasanya tidak menggunakan cangkuk logam konvensional.
Kebanyakan pemakai disarankan menanggalkannya ketika tidur supaya tisu mulut dapat berehat, kecuali jika doktor memberikan arahan berbeza.
Ia bergantung pada bahan, penggunaan, penjagaan dan perubahan bentuk gusi. Pemeriksaan berkala penting untuk menilai kesesuaiannya.
Sesetengah jenis boleh ditambah gigi atau dibaiki, bergantung pada bahan dan reka bentuk asal.
Ya. Pemakai mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri ketika bercakap dan mengunyah.




