Apa itu Clear Aligner?
Clear Aligner ialah pendakap gigi lutsinar yang direka khas mengikut bentuk gigi pesakit. Ia menggunakan siri tray lutsinar yang boleh dibuka dan dipakai semula untuk menggerakkan gigi secara berperingkat.
Pilihan rawatan
Clear Aligner
Tray lutsinar yang dibuat khas untuk menggerakkan gigi secara berperingkat tanpa pendakap tetap.
Braces
Pendakap yang dilekatkan pada gigi dan menggunakan dawai untuk menggerakkan gigi secara berperingkat. Sesuai untuk hampir semua jenis kes.
Lihat page Braces →Rawatan untuk siapa?
Gigi berlapis atau sedikit bertindih.
Gigi jarang atau mempunyai ruang antara gigi.
Masalah susunan gigi yang ringan hingga sederhana.
Individu yang mahukan rawatan ortodontik kurang ketara.
Individu yang mampu mematuhi jadual pemakaian harian.
Kes ortodontik yang kompleks dan memerlukan pergerakan gigi tertentu.
Masalah gigitan yang memerlukan kawalan ortodontik lebih rumit.
Individu yang sukar memakai aligner mengikut tempoh ditetapkan.
Individu yang mempunyai masalah gigi atau gusi belum dirawat.
Doktor akan menilai dahulu dan mencadangkan pilihan lain jika perlu.
Jika dibiarkan
Susunan gigi yang tidak teratur boleh menyukarkan penjagaan kebersihan mulut.
Prosedur rawatan
Saringan
Konsultasi, scaling, X-ray OPG dan penyediaan pelan rawatan.
RM500Kelulusan pelan
Anda terima pelan rawatan dalam bentuk video simulasi pergerakan gigi (MP4) dan PDF. Pelan boleh dipinda tanpa had. Selepas anda bersetuju, aligner mula dihasilkan.
Deposit 1: RM1,000Pemasangan attachment
Pemasangan 'attachment' yang sama dengan warna gigi (langsung tak kelihatan). Bekalan aligner diberikan untuk bulan pertama.
Deposit 2Pemakaian & semakan
Tukar ke set seterusnya selepas 10 hari. Tray baharu dibekalkan setiap 1–2 bulan, dan bayaran bulanan dikira mengikut bekalan.
RM200 / rahang / bulanKelebihan & kekurangan rawatan
Lutsinar dan kurang ketara ketika bercakap atau tersenyum.
Boleh dibuka ketika makan dan memberus gigi.
Lebih mudah menjaga kebersihan gigi harian.
Memerlukan disiplin pemakaian sekitar 20–22 jam sehari.
Perlu dibuka setiap kali makan dan minum selain air kosong.
Boleh menyebabkan tekanan atau rasa ngilu sementara.
Penjagaan selepas rawatan
Bersihkan aligner setiap hari mengikut arahan doktor.
Buka aligner sebelum makan atau minum selain air kosong.
Berus gigi sebelum memakai semula aligner.
Simpan aligner dalam bekas khas apabila tidak digunakan.
Elakkan air panas yang boleh mengubah bentuk aligner.
Kenapa di PROSmile
Video simulasi pergerakan gigi dan PDF pelan rawatan, supaya anda nampak hasil akhir sebelum membuat keputusan.
Aligner direka dan dihasilkan dengan mesin di makmal klinik sendiri, jadi pelarasan dan penggantian tray lebih cepat.
Semakan berkala sepanjang rawatan, supaya masalah dikesan lebih awal.
Harga
Harga dikemaskini: 20 Nov 2026Harga anggaran. Kos sebenar bergantung pada pemeriksaan doktor dan boleh berubah tanpa notis.
Rancang bayaran Clear Aligner anda
Isi selepas anda menerima pelan rawatan daripada doktor (jumlah set atas & bawah).
Jumlah set aligner
Isi 0 jika rahang itu tidak dirawat.
Pakej anda
Pakej dipilih automatik mengikut jumlah set. Setiap 10 set tambahan: +RM500.
Anggaran tempoh pemakaian
Setiap set dipakai 7–14 hari; kiraan guna purata 10 hari (3 set sebulan).
Pilih cara bayar baki
Tempoh rawatan anda panjang, jadi Deposit 2 dilaraskan supaya bayaran bulanan kekal pada kadar minimum. Staf kami akan sahkan pelan ini dengan anda.
Rawatan anda 1 bulan sahaja, jadi baki dibayar penuh sebagai Deposit 2.
Jadual bayaran anda
- Screening RM500 (konsultasi, scaling, OPG, pelan rawatan) dibayar berasingan dan tidak termasuk dalam pakej.
- Bayaran Clear Aligner (deposit & bulanan) tidak boleh menggunakan Atome.
Pelan akan disahkan oleh staf PROSmile.
Masukkan jumlah set untuk lihat pakej & pelan bayaran.
Apa yang mempengaruhi kos?
- Kerumitan susunan gigi dan masalah gigitan.
- Bilangan tray yang diperlukan sepanjang rawatan.
- Keperluan rawatan tambahan seperti attachment atau IPR.
- Keperluan tray tambahan atau pembetulan pelan rawatan.
Termasuk dalam pakej
Tidak termasuk dalam pakej
RM500, dibayar semasa saringan
Jika perlu, caj berasingan dimaklumkan semasa saringan
Selepas rawatan, dari RM250
Clear Aligner vs Braces
Perbandingan umum. Lebih baik menunjukkan pilihan yang lebih unggul bagi setiap perkara. Doktor akan cadangkan pilihan yang sesuai untuk kes anda.
Kes yang pernah kami rawat




Soalan lazim
Tempoh rawatan bergantung pada kerumitan kes dan tindak balas gigi. Pesakit perlu memakai aligner sekitar 20–22 jam sehari dan hadir untuk pemeriksaan berkala mengikut jadual doktor.
Ya. Aligner biasanya perlu dipakai sekitar 20–22 jam sehari, kecuali ketika makan, minum selain air kosong dan membersihkan gigi.
Anda mungkin mengalami tekanan atau rasa ngilu apabila memulakan tray baharu. Keadaan ini biasanya sementara.
Tidak. Aligner perlu dibuka ketika makan untuk mengelakkan kerosakan atau perubahan bentuk tray.
Tidak semua kes sesuai. Doktor perlu menilai susunan gigi dan masalah gigitan sebelum menentukan kesesuaian.
Tempoh bergantung pada kerumitan kes, bilangan tray dan disiplin pemakaian.
Ya. Gigi boleh bergerak semula selepas rawatan. Retainer perlu dipakai mengikut arahan doktor untuk mengekalkan kedudukan gigi.
