Apa itu Braces?
Braces atau pendakap gigi ialah rawatan ortodontik untuk membetulkan kedudukan gigi dan susunan gigitan. Rawatan menggunakan pendakap dan wayar khas untuk menggerakkan gigi secara berperingkat ke kedudukan yang lebih baik.
Pilihan rawatan
Braces Penuh (Full Jaw)
Braces dipasang pada semua gigi di rahang atas, bawah atau kedua-duanya, untuk membetulkan susunan gigi dan gigitan secara menyeluruh.
Bracket logam dengan getah O-ring berwarna untuk memegang dawai. Warna getah boleh dipilih sendiri.
Bracket dengan klip terbina dalam untuk memegang dawai, tanpa getah O-ring.
Sectional Braces
Braces dipasang pada beberapa batang gigi sahaja, untuk masalah setempat seperti satu atau dua gigi senget, ruang kecil, atau menegakkan gigi sebelum crown, bridge atau implan. Tempoh rawatan biasanya lebih singkat.
Rawatan untuk siapa?
Gigi berlapis atau bertindih.
Gigi jarang atau mempunyai ruang antara gigi.
Gigi jongang atau tidak tersusun.
Gigitan atas dan bawah tidak bertemu dengan baik.
Individu yang mahukan susunan gigi lebih teratur.
Gigi berlubang yang belum dirawat.
Penyakit gusi yang masih aktif.
Kebersihan mulut yang tidak memuaskan.
Individu yang sukar menghadiri pemeriksaan susulan secara berkala.
Doktor akan menilai dahulu dan mencadangkan pilihan lain jika perlu.
Jika dibiarkan
Susunan gigi yang tidak teratur boleh mempengaruhi fungsi dan kebersihan mulut.
Prosedur rawatan
Pemeriksaan Awal
Doktor memeriksa susunan gigi, gigitan dan kesihatan gusi.
Rekod Pergigian
X-ray, gambar dan imbasan atau acuan gigi diambil mengikut keperluan.
Perancangan Rawatan
Doktor menentukan kedudukan gigi sasaran dan kaedah rawatan.
Pemasangan Braces
Pendakap dilekatkan pada gigi dan disambungkan menggunakan wayar.
Pelarasan Berkala
Wayar dan komponen braces diselaraskan mengikut perkembangan rawatan.
Penanggalan dan Retainer
Braces ditanggalkan selepas rawatan dan retainer diberikan untuk mengekalkan kedudukan gigi.
Kelebihan & kekurangan rawatan
Membantu meluruskan gigi dan memperbaiki susunan gigitan.
Memudahkan penjagaan kebersihan apabila susunan gigi bertambah baik.
Meningkatkan fungsi mengunyah dan penampilan senyuman.
Boleh menyebabkan rasa ngilu selepas pemasangan atau pelarasan.
Memerlukan penjagaan kebersihan mulut yang lebih teliti.
Makanan tertentu perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko pendakap rosak.
Penjagaan selepas rawatan
Berus gigi selepas makan menggunakan ubat gigi berfluorida.
Gunakan berus interdental untuk membersihkan celah pendakap.
Elakkan makanan keras, melekit dan terlalu kenyal.
Hadiri semua temu janji pemeriksaan dan pelarasan.
Pakai retainer mengikut arahan doktor selepas braces ditanggalkan.
Kenapa di PROSmile
Pakej All-In dengan jadual bayaran yang jelas dari awal rawatan.
Ketahui lebih lanjut →40 warna getah, boleh cuba dahulu di website sebelum datang.
Ketahui lebih lanjut →Imbasan 3D gigi dengan Aoralscan 3 untuk perancangan rawatan yang lebih tepat.
Harga
Harga dikemaskini: 20 Nov 2026Harga anggaran. Kos sebenar bergantung pada pemeriksaan doktor dan boleh berubah tanpa notis.
Pakej Metal Braces
Pakej paling berbaloi untuk anda yang pasang dan buka braces di PROSmile. Dari screening hingga retainer, semuanya di satu klinik.
Langkah rawatan & bayaran
Tekan setiap langkah untuk lihat butiran.
-
1
- Konsultasi
- Scaling
- Acuan gigi digital
- X-ray OPG
- Braces gift set
Jika kes sesuai, screening dan pasang braces boleh dibuat pada hari yang sama. Tempah kedua-dua sesi serentak semasa membuat temujanji, sama ada melalui kaunter atau tempahan online.
-
2
Pilih pakej deposit. Deposit dibayar semasa pasang braces.BAYARAN TEMUJANJI REVIEW · PAKEJ 1
Anggaran 20 lawatan. Anda hanya bayar untuk lawatan yang dibuat. Jika rawatan siap dalam 15 lawatan, anda bayar 15 lawatan sahaja.
-
3
Buka braces (debond) dan retainer Essix sudah termasuk dalam pakej.
Kos tambahan mungkin dikenakan jika anda mahu tukar kepada jenis retainer lain.
Lihat jenis-jenis retainer
Senarai harga penuh
Apa yang mempengaruhi kos?
- Jenis pendakap gigi yang dipilih.
- Tahap kesukaran dan keadaan susunan gigi.
- Tempoh serta keperluan rawatan tambahan.
- Keperluan peralatan ortodontik tambahan.
Pilih warna getah di PROSmile
Kod warna O-ring dan power chain adalah sama. O-ring: sehingga 4 warna. Power chain: sehingga 2 warna. Tunjuk pilihan anda di kaunter.
Pilihan anda
0 / 4 warnaPower chain: maksimum 2 warna. Warna 1 di gigi atas, warna 2 di gigi bawah (tiada selang-seli).
Cadangan kombinasi
Warna (tekan untuk pilih)
Tips memilih
- Warna gelap (biru tua, ungu) buat gigi nampak lebih putih.
- Kuning dan coklat boleh buat gigi nampak kekuningan.
- Clear dan putih mudah berubah warna dengan kopi, teh dan kari.
Nak susun macam mana?
0 warna dipilih.
Pilihan anda
Tunjuk skrin ini kepada staf di kaunter, atau kongsi kepada kawan.
Conventional vs Self Ligating
Kedua-duanya metal braces. Bezanya pada cara dawai dipegang pada bracket.
Soalan lazim
Rawatan lazimnya mengambil masa sekitar 18–24 bulan, bergantung pada keadaan gigi dan kerumitan kes. Pemeriksaan susulan biasanya setiap 4–8 minggu, mengikut pelan rawatan.
Pemasangan biasanya tidak menyakitkan, tetapi gigi mungkin terasa ngilu atau tidak selesa beberapa hari selepas pemasangan dan pelarasan.
Kebiasaannya sekitar 18–24 bulan, bergantung pada keadaan gigi dan perkembangan rawatan.
Pemeriksaan biasanya dijadualkan setiap 4–8 minggu mengikut keperluan rawatan.
Ya. Orang dewasa juga boleh menjalani rawatan braces selepas pemeriksaan kesihatan gigi dan gusi.
Braces konvensional menggunakan getah atau pengikat khas, manakala self-ligating mempunyai klip terbina dalam untuk memegang wayar.
Gigi boleh bergerak semula selepas rawatan. Penggunaan retainer mengikut arahan doktor penting untuk mengekalkan kedudukannya.




