Tempah Sekarang
Servis

Veneer

Serlahkan senyuman dengan reka bentuk veneer tersendiri.

1

Apa itu Veneer?

Veneer ialah lapisan nipis yang dilekatkan pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk dan penampilan senyuman. Reka bentuk veneer dirancang bersama doktor mengikut keadaan gigi dan hasil yang ingin dicapai.

2

Pilihan rawatan

Veneer Komposit

Bahan resin komposit dibentuk dan dilekatkan pada permukaan hadapan gigi.

3

Rawatan untuk siapa?

Gigi mempunyai warna yang sukar dicerahkan melalui whitening.

Gigi hadapan mempunyai bentuk yang tidak sekata.

Terdapat ruang kecil antara gigi.

Gigi hadapan mengalami kecacatan atau kerosakan kecil.

Ingin memperbaiki penampilan senyuman.

4

Prosedur rawatan

1

Konsultasi dan Pemeriksaan

Doktor menilai keadaan gigi, warna dan bentuk senyuman.

2

Perancangan Reka Bentuk

Bentuk dan warna veneer dirancang bersama pesakit.

3

Penyediaan Gigi

Permukaan gigi disediakan mengikut keperluan jenis veneer.

4

Penghasilan Veneer

Komposit dibentuk terus pada gigi atau veneer seramik dihasilkan di makmal.

5

Percubaan dan Pemasangan

Kesesuaian bentuk, warna dan gigitan diperiksa sebelum pemasangan akhir.

6

Kemasan Akhir

Veneer dikemaskan dan pesakit diberikan panduan penjagaan.

5

Kelebihan & kekurangan rawatan

Memperbaiki warna, bentuk dan penampilan gigi hadapan.

Memberikan pilihan reka bentuk mengikut ciri senyuman.

Seramik mempunyai ketahanan warna yang baik.

6

Penjagaan selepas rawatan

Berus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.

Gunakan flos setiap hari.

Elakkan menggigit ais atau objek keras.

Jangan gunakan gigi untuk membuka pembungkus.

Hadiri pemeriksaan berkala untuk menilai keadaan veneer.

7

Harga

Harga dikemaskini: 18 Nov 2026

Harga anggaran. Kos sebenar bergantung pada pemeriksaan doktor dan boleh berubah tanpa notis.

KompositRM300
Cetak 3DRM700
SeramikRM1,100
Veneer sementaraRM100 / gigi
Buang veneerRM200

Apa yang mempengaruhi kos?

  • Jenis bahan komposit atau seramik.
  • Bilangan gigi yang memerlukan veneer.
  • Keperluan penyediaan dan pengasahan gigi.
  • Kerumitan reka bentuk dan penghasilan veneer.
8

Veneer komposit vs Veneer seramik

Perbandingan umum. Lebih baik menunjukkan pilihan yang lebih unggul bagi setiap perkara. Doktor akan cadangkan pilihan yang sesuai untuk kes anda.

KompositSeramik
Rupa dan kilauanBoleh digilap dan dibentukKilauan menyerupai enamel
Ketahanan warnaLebih mudah berubah warnaLebih tahan perubahan warna
Pengasahan gigiBiasanya lebih minimumBergantung pada reka bentuk
Bilangan lawatanBoleh siap satu lawatanBiasanya beberapa lawatan
Pembaikan sumbingLebih mudah dibaikiLebih sukar dibaiki
KetahananLebih mudah hausUmumnya lebih tahan haus
9

Kes yang pernah kami rawat

Video Kes Pilihan
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Lihat semua kes
10

Soalan lazim

Bersedia untuk senyum?