Apa itu Rawatan Akar?
Rawatan akar (Root Canal Treatment) ialah rawatan untuk membuang tisu pulpa gigi yang dijangkiti atau mengalami keradangan. Saluran akar dibersihkan, dinyahkuman dan ditutup bagi membantu menyelamatkan gigi asli daripada dicabut.
Pilihan rawatan
Rawatan Akar Simple
Untuk gigi asli yang belum pernah dirawat akar dan belum dipasang crown. Saluran akar dibersihkan, dinyahkuman dan ditutup untuk mengekalkan gigi asli.
Rawatan Akar Kompleks
Untuk gigi yang sakit semula selepas rawatan akar, gigi yang sudah dipasang crown atau bridge, dan gigi dengan anatomi akar yang sukar seperti saluran sempit atau melengkung.
Rawatan untuk siapa?
Gigi mengalami sakit berdenyut atau sakit berpanjangan.
Gigi mempunyai jangkitan atau keradangan pada saraf.
Gigi sensitif terhadap panas atau sejuk secara berpanjangan.
Gigi mengalami kerosakan yang telah mencapai bahagian saraf.
Gigi masih mempunyai struktur mencukupi untuk dipulihkan.
Gigi mengalami kerosakan teruk sehingga tidak boleh dipulihkan.
Gigi mempunyai rekahan akar menegak.
Gigi mempunyai sokongan tulang dan gusi yang sangat lemah.
Keadaan gigi tidak sesuai untuk dipulihkan melalui rawatan restoratif.
Doktor akan menilai dahulu dan mencadangkan pilihan lain jika perlu.
Jika dibiarkan
Jangkitan pada saraf gigi boleh menjadi semakin serius tanpa rawatan.
Prosedur rawatan
Pemeriksaan dan X-ray
Doktor memeriksa keadaan gigi dan tahap jangkitan.
Bius Setempat
Kawasan gigi dibius untuk memastikan rawatan lebih selesa.
Pembersihan Saluran Akar
Tisu pulpa yang dijangkiti dibuang dan saluran akar dibersihkan.
Pembentukan dan Penutupan
Saluran akar dibentuk, dinyahkuman dan ditutup dengan bahan khas.
Pemulihan Gigi
Gigi ditampal atau dipasang crown mengikut keperluan.
Pemeriksaan Susulan
Doktor menilai pemulihan gigi dan keadaan tisu sekeliling.
Kelebihan & kekurangan rawatan
Mengekalkan gigi asli dan fungsi mengunyah.
Membantu menghilangkan punca jangkitan dalam saluran akar.
Mengelakkan kehilangan gigi jika rawatan berjaya.
Memerlukan masa dan beberapa sesi bagi sesetengah kes.
Gigi mungkin terasa sensitif selepas rawatan.
Biasanya memerlukan pemulihan akhir seperti crown.
Penjagaan selepas rawatan
Elakkan mengunyah makanan keras pada gigi yang belum dipulihkan sepenuhnya.
Teruskan memberus gigi dua kali sehari.
Gunakan flos untuk membersihkan celah gigi.
Hadiri temu janji sehingga rawatan selesai.
Lakukan pemeriksaan berkala selepas rawatan.
Kenapa di PROSmile
Mikroskop pergigian dan CBCT untuk melihat saluran akar dengan lebih jelas dan tepat.
Berpengalaman mengendalikan kes rawatan akar yang kompleks, termasuk rawatan semula.
Harga
Harga dikemaskini: 20 Nov 2026Harga anggaran. Kos sebenar bergantung pada pemeriksaan doktor dan boleh berubah tanpa notis.
Apa yang mempengaruhi kos?
- Kedudukan dan jenis gigi yang dirawat.
- Bilangan saluran akar pada gigi.
- Tahap jangkitan dan kerumitan rawatan.
- Keperluan tampalan atau crown selepas rawatan.
Rawatan akar vs Cabut gigi
Perbandingan umum. Lebih baik menunjukkan pilihan yang lebih unggul bagi setiap perkara. Doktor akan cadangkan pilihan yang sesuai untuk kes anda.
Soalan lazim
Rawatan boleh mengambil masa sekitar 1–2 jam bagi setiap sesi, bergantung pada kerumitan kes. Sesetengah kes memerlukan satu lawatan, manakala kes lain memerlukan beberapa lawatan sebelum pemulihan akhir.
Rawatan dilakukan menggunakan bius setempat. Anda mungkin mengalami sedikit sensitiviti atau ketidakselesaan selepas rawatan.
Bergantung pada keadaan gigi dan kerumitan kes. Sesetengah rawatan selesai dalam satu lawatan, manakala yang lain memerlukan beberapa sesi.
Tisu pulpa yang mengandungi saraf dan salur darah dibuang. Namun, gigi masih boleh berfungsi dalam mulut selepas dipulihkan.
Tidak semua gigi memerlukan crown. Namun, gigi belakang biasanya memerlukan perlindungan tambahan kerana lebih terdedah kepada tekanan kunyahan.
Ya, jangkitan boleh berulang dalam sesetengah keadaan. Pemeriksaan dan rawatan susulan mungkin diperlukan.
Jika gigi masih boleh diselamatkan, rawatan akar biasanya dipertimbangkan untuk mengekalkan gigi asli. Cabutan mungkin diperlukan jika gigi tidak boleh dipulihkan.




