Nak luruskan gigi tapi tak pasti pilihan yang sesuai?
Di PROSmile Dental Clinic, kami menyediakan rawatan braces dan clear aligner untuk membantu anda mendapatkan senyuman yang lebih tersusun dan yakin.
Setiap rawatan mempunyai kelebihan tersendiri — dan pemilihan yang tepat bergantung kepada keadaan gigi serta gaya hidup anda.
Braces vs Clear Aligner – Mana Sesuai Untuk Anda?
Nak luruskan gigi, tapi tak pasti nak pilih yang mana? Setiap rawatan mempunyai kelebihan tersendiri — dan pilihan yang tepat bergantung kepada keadaan gigi, gaya hidup, serta keselesaan anda.
1. Kesesuaian Kes
-
Braces
- Lebih sesuai untuk kes yang kompleks.
- Mampu membaiki pelbagai masalah susunan gigi dan gigitan.
-
Clear Aligner
- Sesuai untuk kes yang lebih ringan atau kes relapse selepas pemakaian braces.
2. Disiplin Pemakaian
-
Braces
- Tidak memerlukan disiplin dalam pemakaian.
-
Clear Aligner
- Memerlukan disiplin yang tinggi kerana perlu dipakai mengikut tempoh yang disarankan setiap hari. Kegagalan mematuhi pemakaian boleh memanjangkan tempoh rawatan.
3. Penampilan
-
Braces
- Bracket dan dawai akan kelihatan sepanjang tempoh rawatan.
-
Clear Aligner
- Hampir tidak kelihatan apabila dipakai, menjadikannya pilihan yang lebih estetik.
4. Tempoh Rawatan
-
Braces
- Secara amnya mengambil masa sekitar 24 bulan, bergantung kepada keadaan setiap pesakit.
-
Clear Aligner
- Tempoh rawatan bergantung kepada tahap kerumitan kes, namun bagi kes yang sesuai, rawatan boleh menjadi sekitar 30-40% lebih cepat berbanding braces.
5. Kekerapan Temu Janji
-
Braces
- Perlu hadir untuk pemeriksaan dan pelarasan setiap bulan.
-
Clear Aligner
- Kebiasaannya hanya memerlukan pemeriksaan sekurang-kurangnya setiap dua bulan.
6. Apa Yang Dijangka Semasa Rawatan
-
Braces
- Kemungkinan mengalami ulser akibat geseran bracket pada tisu mulut.
- Bracket boleh tertanggal jika tidak dijaga dengan baik.
- Rasa tidak selesa atau sakit apabila gigi mula bergerak.
-
Clear Aligner
- Kebiasaannya hanya mengalami rasa ketat atau sedikit sakit apabila gigi sedang bergerak, tanpa masalah geseran bracket.
7. Siapa Yang Lebih Sesuai?
-
Braces sesuai jika anda:
- Mempunyai kes ortodontik yang lebih kompleks.
- Tidak kisah dengan penampilan bracket pada gigi.
- Boleh hadir ke klinik setiap bulan.
- Bersedia menghadapi sedikit ketidakselesaan seperti ulser pada awal rawatan.
-
Clear Aligner sesuai jika anda:
- Sukar hadir ke klinik setiap bulan kerana bekerja jauh, belajar di asrama atau tinggal di luar kawasan.
- Inginkan rawatan yang lebih estetik tanpa bracket besi yang kelihatan.
- Pernah memakai braces dan mengalami relapse.
- Mampu berdisiplin memakai aligner mengikut tempoh yang disarankan setiap hari.
Kes Yang Berjaya Kami Handle
Pernah Memakai Braces Sebelum Ini Tetapi Mengalami Relapse
Hasil Selepas 5 Bulan Rawatan Aligner
Pesakit ini pada awalnya mempertimbangkan rawatan aligner di luar kawasan dengan anggaran kos yang agak tinggi. Dikhuatiri jadual yang sibuk, beliau juga kurang selesa untuk melalui rawatan braces sekali lagi.
Selepas konsultasi di PROSmile Dental Clinic, pesakit mendapati rawatan clear aligner di sini lebih mampu milik, dengan tempoh rawatan yang lebih singkat dan fleksibel.
Pesakit memilih aligner sebagai alternatif yang lebih sesuai dengan gaya hidupnya.
Sebelum Rawatan Braces
Gigi depan kelihatan tidak sekata dan sedikit kedepan, menyebabkan senyuman nampak kurang kemas dan menjejaskan keyakinan pesakit.
Selepas 2 Tahun Rawatan Braces
Susunan gigi telah berjaya diluruskan dan alignment berbentuk u-arch, namun pesakit masih kurang berpuas hati dengan warna asal gigi yang kelihatan tidak sekata.
Hasil Akhir Selepas Rawatan Tambahan (Veneer)
Senyuman kelihatan lebih menyerlah, cerah dan seimbang — memberikan perubahan yang betul-betul menyeluruh dari segi estetik dan keyakinan!
Apakah itu Rawatan Ortodontik?
Rawatan ortodontik adalah kaedah untuk meluruskan gigi dan memperbaiki susunan gigitan menggunakan tekanan yang terkawal secara berperingkat.
Selain memberi senyuman yang lebih cantik, ia juga membantu meningkatkan fungsi kunyahan dan kesihatan mulut secara keseluruhan.
Di PROSmile Dental Clinic, rawatan ini boleh dilakukan menggunakan braces atau clear aligner — kedua-duanya berfungsi untuk menggerakkan gigi ke posisi yang lebih ideal. Selepas rawatan selesai, penggunaan retainer adalah penting untuk mengekalkan hasil jangka panjang.
Pilihan Rawatan di PROSmile Dental Clinic
Di PROSmile Dental Clinic, kami menyediakan beberapa pilihan rawatan untuk meluruskan gigi — setiap satu direka mengikut keperluan dan keselesaan pesakit.
Braces
Rawatan tradisional yang menggunakan bracket dan dawai untuk menggerakkan gigi secara berperingkat. Sesuai untuk pelbagai jenis kes, termasuk kes yang lebih kompleks.
Jenis braces yang ditawarkan:- Conventional Braces – menggunakan getah elastik untuk memegang dawai pada bracket
- Self-Ligating Braces – menggunakan sistem klip khas tanpa getah, lebih kemas dan kurang geseran
Clear Aligner
Alternatif moden kepada braces yang direka khas untuk setiap pesakit. Hampir tidak kelihatan dan boleh dibuka semasa makan atau memberus gigi.
Sesuai untuk mereka yang mahukan rawatan yang lebih discreet, selesa, dan fleksibel mengikut gaya hidup harian.
Di PROSmile Dental Clinic, aligner dihasilkan dengan sokongan in-house lab untuk memastikan proses yang lebih cepat dan kawalan rawatan yang lebih tepat.
Adakah Anda Memerlukan Rawatan Ortodontik?
Berikut adalah beberapa tanda biasa dan bagaimana rawatan boleh membantu memperbaikinya:
Gigi tidak tersusun / berlapis
Sukar dibersihkan, mudah perangkap makanan
Gigi lebih tersusun, mudah dijaga
Gigi jarang (spacing)
Estetik kurang menarik, makanan mudah tersangkut
Tutup ruang, senyuman lebih kemas
Gigitan tidak betul (overbite / underbite)
Sukar mengunyah, boleh sebabkan kehausan gigi
Perbaiki fungsi gigitan dan keselesaan
Gigi depan ke hadapan
Kurang yakin untuk senyum atau bercakap
Senyuman lebih seimbang dan natural
Kerap sakit rahang / tidak selesa
Tekanan tidak seimbang pada gigi dan rahang
Kurangkan tekanan, lebih selesa
Gigitan silang
Risiko karies dan masalah gusi meningkat. Gigi atas terlalu ke luar, tidak bertemu dengan gigi bawah dengan betul
Kebersihan mulut lebih mudah dijaga. Seimbangkan gigitan supaya gigi atas & bawah bertemu dengan betul
Rawatan menggunakan braces atau clear aligner bukan sahaja untuk penampilan — tetapi juga untuk keselesaan, fungsi, dan kesihatan jangka panjang.
Kenapa Pilih PROSmile Dental Clinic?
Di PROSmile Dental Clinic, kami fokus kepada rawatan yang lebih efisien, selesa, dan sesuai dengan gaya hidup pesakit masa kini.
One Day Dentistry Approach
Kami merancang rawatan supaya banyak langkah boleh diselesaikan dalam satu hari — tanpa perlu ulang-alik berkali-kali.
Contohnya:
- Pemeriksaan, X-ray dan konsultasi boleh dilakukan dalam satu sesi
- Jika sesuai, braces boleh dipasang pada hari yang sama
- Sebarang isu yang dikesan akan terus dirancang dan ditangani tanpa penangguhan
Anda boleh mula rawatan lebih cepat, tanpa perlu tunggu berbulan untuk langkah seterusnya.
Learn MoreIn-House Dental Lab
Semua penghasilan aligner dan kerja makmal dilakukan secara dalaman — tanpa perlu hantar ke luar.
Ini bermaksud:
- Masa menunggu lebih singkat
- Pelarasan boleh dibuat dengan lebih cepat
- Kawalan kualiti lebih konsisten
Perancangan Rawatan Digital yang Lebih Tepat
Setiap rawatan dirancang dengan bantuan teknologi digital terkini bagi memastikan pergerakan gigi yang lebih terkawal, tepat dan efektif. Ini membolehkan kami merancang rawatan dengan lebih teliti untuk mencapai hasil yang optimum.
Anda juga berpeluang melihat simulasi awal hasil rawatan sebelum memulakannya, memberikan gambaran yang lebih jelas tentang transformasi senyuman anda.
Sesuai untuk Gaya Hidup Moden yang Sibuk
Kami memahami bahawa ramai pesakit mempunyai komitmen kerja, urusan keluarga atau sering berada di luar kawasan. Oleh itu, kami menawarkan pilihan rawatan yang lebih fleksibel mengikut kesesuaian jadual anda.
Rawatan seperti clear aligner memerlukan lawatan susulan yang lebih jarang berbanding braces tradisional, menjadikannya pilihan yang lebih praktikal untuk individu yang sibuk.
Senyuman Natural, Keyakinan Maksimum
Matlamat kami bukan sekadar meluruskan gigi, tetapi membantu anda memperoleh senyuman yang harmoni, semula jadi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan seharian.
Setiap pelan rawatan direka secara peribadi mengikut keadaan dan keperluan individu, kerana kami percaya setiap senyuman adalah unik dan istimewa.
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah rawatan braces atau clear aligner menyakitkan?
- Braces - Sedikit rasa sakit dan ketidakselesaan pada peringkat awal atau selepas adjustment, tetapi ia biasanya sementara
- Clear Aligner - Selalunya lebih selesa kerana tiada dawai atau bracket.
Berapa lama tempoh rawatan?
- Braces - Ia bergantung kepada keadaan gigi setiap individu. Secara umum, rawatan boleh mengambil masa sekitar 6 bulan hingga 2 tahun.
- Clear Aligner - Hasil yang lebih cepat berbanding braces, bergantung kepada tahap kerumitan kes.
Perlu datang ke klinik setiap bulan?
- Braces - Biasanya lawatan diperlukan setiap bulan untuk adjustment.
- Clear Aligner - Lawatan lebih fleksibel dan tidak perlu terlalu kerap bergantung kepada kes.
Boleh terus pasang braces pada hari pertama?
Ya, boleh, tetapi hanya untuk rawatan braces
Adakah clear aligner sesuai untuk semua orang?
Tidak semua kes sesuai untuk clear aligner. Pemeriksaan diperlukan untuk menentukan kesesuaian, terutamanya bagi kes yang lebih kompleks.
Boleh pakai braces atau aligner untuk satu rahang sahaja?
Dalam sesetengah kes, rawatan satu rahang sahaja boleh dilakukan. Namun, kebanyakan kes memerlukan rawatan kedua-dua rahang untuk memastikan gigitan yang seimbang dan hasil yang lebih stabil.
Bayaran dibuat secara lump sum atau ansuran?
Pilihan bayaran bergantung kepada jenis rawatan. Biasanya terdapat pilihan bayaran secara berperingkat untuk memudahkan pesakit. Perincian akan diterangkan semasa konsultasi.
Boleh sambung rawatan dari klinik lain?
Ya, dalam banyak kes rawatan boleh disambung. Doktor akan menilai keadaan semasa dan mencadangkan pelan yang sesuai supaya rawatan dapat diteruskan dengan selamat dan berkesan.
Mana lebih baik, braces atau clear aligner?
Jika anda mengutamakan keselesaan, penampilan yang discreet, gaya hidup fleksibel, dan hasil yang lebih cepat — clear aligner selalunya menjadi pilihan yang lebih sesuai.
Bagaimana saya nak tahu rawatan mana yang sesuai?
Sebagai panduan ringkas:
- Jika kes anda lebih kompleks atau anda tidak mahu risau tentang disiplin pemakaian — braces biasanya lebih sesuai.
- Jika anda bekerja, kerap travel, atau mahukan rawatan yang lebih selesa dan tidak mengganggu penampilan — clear aligner adalah pilihan yang lebih praktikal.
Pemeriksaan tetap diperlukan untuk memastikan pilihan tersebut benar-benar sesuai dengan keadaan gigi anda.
Mulakan Perjalanan Senyuman Anda Hari Ini
Masih tak pasti rawatan mana yang sesuai? Kami sedia membantu anda membuat pilihan yang tepat — berdasarkan keadaan gigi, gaya hidup, dan keutamaan anda.
Di PROSmile Dental Clinic, pemeriksaan awal akan memberi anda gambaran yang jelas tentang pilihan rawatan, tempoh, dan hasil yang boleh dicapai.
